Mar 25, 2011

iPhone Review.

Salam sejahtera.
Mungkin ramai diantara kita masih lagi tidak berapa tahu mengenai iPhone yang
sememangnya adalah gadjet yang paling diminati ramai pada masa ini. Disini 
saya ingin menceritakan serba sedikit mengenai iPhone dari keluaran pertama
sehingga akan datang.














iPhone pertama adalah iPhone 2G yang dikeluarkan pada 9 Januari 2007.
mempunyai spesifikasi yang agak minimum, model ini hanya diminati oleh
segelintir shja. 

Kesemua iphone mempunyai spesifikasi yang berbeza dan setiap
keluaran model baru pasti mempunyai dalaman yang lebih hebat. Perbezaan pertama
adalah RAM iaitu untuk iphone 2g = 128Mb, 3G = 128Mb, 3GS = 256Mb dan
iphone 4 = 512Mb dan masing-masing mempunyai kamera 2mp, 2mp 3.2mp dan 5mp. 
Perbezaan dari segi RAM melibatkan kepantasan membuka
atau menutup sesuatu aplikasi.

Mungkin ramai yang tidak dapat membezakan antara iPhone 3G dengan
iphone 3GS. Untuk luaran, sememangnya adalah sama jika dipandang
sekali imbas. Tetapi jika diperhatikan dengan teliti, tulisan 'iPhone' untuk
3G sedikit pudar dan untuk 3GS lebih berkilau. Bagi spesifikasi dalaman,
3G tidak mempunyai rakaman video dan tidak sesuai untuk multitask applikasi
kerana RAM yang hanya 128Mb. Mungkin agak sedikit 'lagging'.


iphone 3GS sebenarnya sudah mencukupi untuk merasa kepuasan menggunakan 
telefon keluaran Apple ini. RAM 256Mb sudah boleh berfungsi dgn baik
multitask tanpa ada sebarang 'lagging' dan kelajuan membuka sesuatu aplikasi
juga sudah memberi kepuasan hati kepada setiap pengguna.



iphone 4 adalah model keluaran yang terbaru sekali dan dilengkapi
dengan Facetime Video ( sama seperti videocall) . Selain itu, dengan RAM sebanyak 512Mb,
model ini berfungsi dengan sangat baik melalui 'multitask' aplikasi iaitu
membuka banyak aplikasi dalam satu masa. Lebih kurang minimize application.


Dikatakan iphone 5 akan dikeluarkan pada Jun/Julai 2011 dan dilengkapi dengan
prosesor baru serta mempunyai saiz yang lebih besar. Pasti ramai yang tidak
sabar menantikan keluaran baru dari Apple.




















0 comments:

Post a Comment

 

Followers

Cheddo Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by CroniXsouL Sponsored by CroniXsouL